Tuesday, November 30, 2010

cendikiawan

  • Orang yang berilmu, pada waktu diam dipergunakannya untuk berfikir.
  • Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat itu belumlah banyak, jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.
  • Musuh yang berakal adalah lebih baik dari sahabat yang bodoh.
  • janganlah sampai kata- katamu bertentangan dengan perbuatanmu.
  • Ilmu pengetahuan tanpa agama, lumpuh. Agama jika tanpa ilmu pengetahuan, buta.

Skyline - Trailer 2 (2010)



Masa balik kampung JB, hari tu, berkesempatan menonton wayang kakak ipar yang belanja 2 famili masa dan ketika itu macam takde pilihan.... asalnya nak tengok 'harry porter', tapi masa petang tu jerr yang kami sempat tengok, ini pon kat panggung "Today" mall baru di Tiram.... mula2 tengok memang tak sesuailaa bawak budak2 akan tetapi di pertengahan cerita barulaa best...  yelahh macam main game tembak2 kalau bagik markah penuh 5 star aku bagik 3 jerlaa.. pada aku laa kan... 

Gulai Kawah Raya Haji


Dah lama gambar ni dalam memory card tak sempat nak update... sebenarnya 1st time masak Daging Gulai Kawah Terengganu, ini pun atas permintaan anak2 di pagi raya pulak tu... last minute hubby kata tak dapat cuti punyalaa frust. bila anak2 dah minta.... dalam hati "fuiyoo senangnya... tak payahlaa ibu merendang..." masalah eh, den tak ponah masak gulai ni uwaaaa... tapi ni masak dalam periuk ok, bukan dalam kawah... ngeh ngeh ngeh. menu nasi gulai kawah ni sangatlah simple, nasi putih, daging gulai kawah, acar mentah, ikan masin dan sambal belacan...., sudah bisa bikin berpeluh.... anak2 dan hubby suka tau cuma budak2 komplen agak pedas n kurang manis... tapi licin.... biasanya makan gulai kawah tak begitu pedas dan agak manis rasanya..
meh layan resepinya.... :)

Bahan2nya
900 gm daging lembu - basuh bersih dan toskan
2 sudu besar kerisik
250 gram santan pekat kara
1 keping gula nisang Terengganu /gula merah/perang/gula melaka
1 kpg asam keping
minyak masak

Bahan2 Kisar
20 tangkai cili kering - rendam dgn air panas dan dibuang biji
2 sudu besar rempah kari daging (babas)
6 sudu besar rempah gulai kawah (saya beli rempah di dungun kalau takde boleh guna rempah cap bunga rose)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan2 Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - di dadu
1 batang serai - di titik

Cara2nya
Panaskan minyak, tumiskan bahan tumis sehingga wangi masukkan bawang besar tumis hingga bawang layu / lembut. Masukkan bahan mesin kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan sedikit air kacau rata. Masukkan santan, kerisik, garam dan gula nisang. Biarkan sampai mendidih. Kacau sekali sekala. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat dan boleh dihidangkan.





Acar Mentah
1 biji bawang besar belah 2 dan hiris nipis
1 batang lobak merah - hiris nipis memanjang
1 biji cili merah - hiris
setengah biji timun - hiris nipis
sedikit nenas - hiris nipis
garam & gula
1 sudu besar cuka
* gaul sebati semua bahan dan biarkan sekejap bolah dihidangkan..



ikan masin goreng = dah lupa snap gambar sambal belacan..

Sunday, November 28, 2010

award ke 5 saya daripada Awien dan Mat Gebu


Thanks kepada awien dan Mat Gebu (tiffinbiru) yang sudi bagik award cantik.... rasa2nya blog ni simple2 jerr... taklaa cantik sgt... tapi hepi2 sendiri sudahlaaa... untuk awien maaflah sebab terlambat... sebab seronok beraya kat kg.., sampai mlm tadi baru berkesempatan menjengah blog, ni award ke 5 yang saya dapat sepanjang berblog setahun lebih ni... tq again... 
Sebenarnya entry ini dah pun di keluarkan semalam... akan tetapi hari ini dapat lagi award yg sama dari blogger otai lagi femes..., sapa lagi kalau bukan Mat gebu yang teror memasak dan gambar2 masakannya begitu menggoda.  


1)Berikan Satu NickName Untuk Saya..
  Ain

(2)Ucapan Pemberi Award..
Terima Kasih tak terhingga bila dapat award camni.., terasa juga diri dan kehadiran blog ini dihargai...

(3) Berikan Nama 6Fav Artis...Artis / Group..Yang Korang Minat 

- Aizat
- Fauziah Latiff
- Maher Zain
- Anuar Zain
- Sofea Jane
- KRU


(4)Tag Award Ini Kepada 10 Blogger/Follower...

- teringin nak bg semua akan tetapi ada yang kena......

Cucur Ikan Cencaru


hmmm dah minum petang...?? jom makan cekodok... gambar kat atas tu cucur ikan kalau kat kg memang mak gelarkan  "kodok" kat utara "cucok" apa2 jerlaakan.. best makan masa baru lepas goreng dgn sos cili... jom layan resepi...



bahan2nya
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 2 ekor ikan yg di kukus (saya guna ikan cencaru saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • sedikit daun bawang - di cincang
  • sedikit daun sup di cincang
  • garam 
  • air suam
cara2nya


asingkan isi ikan dan hancurkan, masukkan semua bahan gaul rata, dan masukkan pula air suam secukupnya. kacau hingga tidak bergentel dan goreng dalam minyak penuh hingga garing.. siap sedia di hidangkan dengan sos cili.

Tempe Goreng Pedas


Ni adalah resepi ngonyel2 lauk2 sampingan sbbnya aku n ica jerr yg suka makan bende nih...

bahan2nya
  • 2 keping tempe - di hiris dan goreng garing dalam minyak penuh
  • tumbukkan 10tangkai cili kering bersama2 dengan 2 biji bawang merah hingga lumat
  • sedikit ikan bilis goreng
  • garam n gula
  • sedikit asam keping / pes asam jawa
caranya


tumiskan bahan yang ditumbuk masukkan gula dan garam secukup rasa, masukkan asam keping bila dah garing dan pecah minyak dan warna cili menjadi merah gelap masukkan tempe dan ikan bilis kecilkan api kacau rata2, best dengan nasi panas.

Saturday, November 27, 2010

Segmen : SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

Walaupon aku rasa cam dah ketinggalan bas.. tapi aku rasa cam menarik jerr nak joint segmen ni.. Ben mmg bijak laa meraih pengundi ho ho ho... (gurau jek!)
Segmen : SAYA SUKA BLOG AWAK LA !
Segmen ni amat mudah .. Mana - mana blogger boleh join tanpa mengira status .. Caranya amat mudah sekali .. Kita praktikan apa yang aku buat dulu dulu .. Jika kena , mmg best !
Cara untuk join segmen ini amat mudah .. Sila ikut betul betul .. aku buat langkah demi langkah .. Kalau salah gak , aku tak tau la nak habaq apa dah .. OK.. caranya ... jeng jeng jeng .. :
  1. Buat satu entri baru ..
    - DONE
  2. Letak Header image sebagai tanda pengenalan .. 
    - SUDAH 

  3. Tulis tajuk : SAYA SUKA BLOG AWAK LA ! dan linkkan ke entri ini .. 
  4. Sila PILIH 5 BUAH BLOG YANG KORANG SUKA SANGAT MASUK BACA .. PILIH DENGAN BIJAK ! 
  5. Sila beri penjelasan kenapa korang pilih blog tersebut .. 
    •  3 teratas tu blog masak2 yang semua dah sedia maklum hebat dengan resipi2 terkini selain gambar2 yang menawan dan menggoda nafsu makan.. kah kah kah.. 
    • 2 di bawah tu seperti biasa Ben Ashaari mmg pandai memberi tarikan pada setiap tajuk2 entri2nya.. walaupon dah biasa ataupun istilah ulang tayang khas utk blogger baru tapi masih terisi maklumat dan menjadi tempat rujukan org cam aku nilaa kan.. yang langsung tak tahu menahu pasal blog... dan resepi rahsiaku.. adalah antara blog yang aku rasa bila baca banyak memberi kesedaran dalam diri selain ilmu2 agama dan kata2 nasihat dan peringatan. ni adalah blog2 yang pada aku tak termiss nak p skodeng...
  6. Sila tulis , SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG .... 
    - dari tuan empunya diri laa BEN..
  7. Sila pergi ke blog yang korang pilih tadi tu .. dan masuk ke ruangan komen .. Tinggalkan komen di situ .. komen tu hendaklah ditulis " SAYA SUKA BLOG AWAK LA .. " dan tinggalkan url entri korang di situ ! Entri yang korang buat segmen ni .. OK ?
    - oooo OK....
  8. Kemudian , barulah tinggalkan url korang kat entri ini .. entri segmen korang tu .. 
    - YUP...!!
OK.. faham ? Heheh.. tak susah kan ? Senang jer ... Ingat .. korang kena buat betul betul .. Segalanya akan kembali pada korang balik !!! Hehehe... Tiba masa untuk memperluaskan lagi jajahan korang ...

Friday, November 26, 2010

Fauziah Latiff Cintamu Terbenam Dihatiku



Tak tau nak cakap macammana lagu2 dari gee ni buat aku semakin yakin dan bersemangat dan betapa lagu2nya begitu mempengaruhi hidupku suatu ketika dulu... lagu ni aku layannn masa aku n hubby bercinta dulu kami ni bercinta antara benua woo .. jauh n jarang dapat jumpa.. dulu2 bukan cam sekarang harapkan public phone n surat jerr hehehe

Biarpun engkau jauh dari mata ku
namun cintamu masih tetap di hati
sanggup diriku susah payah untukmu
supaya engkau menghargai cintaku

tidakkah cukup segala pengorbanan
apakah lagi yang kau mahu dariku
kesilapanmu sering aku maafkan
dengan harapan kasihkan berpanjangan

*cuba engkau mengerti hati ini
cuba engkau hargai kesetiaan
tahukah kau betapa kasihnya daku
cintamu terbenam di hatiku

jangan biarkan jiwaku kehausan
jangan biarkan sepi menjadi api
hari ke hari kurasa bagai mimpi seolah engkau
sentiasa disisi

Tuesday, November 16, 2010

Selamat menyambut Hari Raya Korban


salam Aidiladha kepada semua pembaca blog ini dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha mohon kemaafan andai ada kekhilafan sepanjang saya menerajui blog ini dan terima kasih yang tidak terhingga kepada follower mahupun sekadar membaca atau singgah sahaja.

Jemput makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis... sebab kena jaga pemakanan sepanjang raya ni ek.. peh ni boleh banyak2 makan daging korban... hehehehe 

Monday, November 15, 2010

Maksud Hadis

  • Pilih untuk anakmu nama yang baik sebab nama adalah termasuk sebahagian daripada doa.
  • Sempurnakanlah wuduk. Binasalah (anggota - anggota) yang tidak sempurna dibasuh ketika wuduk.
  • Memandang ibu bapamu adalah ibadah.

Sup Ayam


Bila musim hujan2 cam sekarang ni pekena sup memang mengancam... leh panaskan badan... meh layan resepi...


bahan2nya

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji ubi kentang - belah 4
  • 1 batang carrot - potong baji
  • 1 inci halia - di ketuk
  • 1 bungkus sup bunjut (sup tulang adabi)
  • garam
  • air secukupnya
  • beberapa biji lada hitam *
  • sedikit kunyit hidup*
  • 3 ulas bawang putih*
  • * tumbuk
  • minyak masak
  • daun bawang & daun sup
  • bawang goreng
cara2nya

panaskan 1 sudu besar minyak jagung atau minyak masak dan tumiskan bahan yg di tumbuk berserta rempah sup bunjut (dgn kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan halia hingga naik bau, masukkan ayam kacau sekejap dan tambahkan air ikut kehendak nak kuah banyak mana, tambahkan garam dan kecilkan api biarkan mesra dan mendidih boleh masukkan ubi kentang tunggu hingga empuk, masukkan carrot terus matikan api.. hidangkan dengan hirisan daun sup dan daun  bawang berserta bawang goreng.. fuiyooooo

Blackpepper sausages


hmm.. ni antara lauk malas... n lauk pening tak tau nak masak apa.... yang penting bila budak balik sekolah dah ada lauk yang derang leh makan tambahan pulak sausage ni mmg peberet mereka n keluarga mereka... hehehhee


layan resepi ek....

bahan2nya

  • beberapa batang sosej (saya guna ayam farmbest) - potong serong
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
  • 1 sudu teh sos cili Thai (maggie)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 labu bawang besar - di hiris
  • 1 batang cili merah - di hiris
  • minyak masak
  • garam & gula
  • 1 sudu teh tepung jagung - bancuh dgn sedikit air



cara2nya

  • panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau terus masukkan serai dan lada hitam goreng sekejap masukkan sosej dan sedikit air biarkan mendidih... masukan sos tiram, sos cili Thai dan bahan perasa.
  • masakkan agak lama hingga nampak sosej dah mula mengembang masukkan pula cili merah dan bawang besar hiris.
  • akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung kacau rata hingga nampak kuah mula pekat, siap utk dihidangkan.

Sunday, November 14, 2010

Hani Naqiuddin Konvo


aku busy sgtlaa pulak.. sampai takde masa nak update citer ni... actually 11.11 yg lalu adalah hari kelam kabut...  mana taknya.. 1st time anak sulung dpt result UPSR alhamdulillah dia lulus 3B 2C, jadilerr...bila tengok result dia tu mmg aku tak sangka dia lulus... sebabnya sejak tahun 1 dia lemah boleh dikatakan semua mata pelajaran tak pernah lulus n tak pernah dpt A, kalau dia exam 30% maksudnya semua subject mmg sama jerr lebih kurang markahnya... average jerr... tapi setiap tahun dia belajar, mmg ada peningkatan tu mmg aku respect lorr... walaupun teramat perlahan setiap kali exam mesti meningkat walaupon 1% sgtlaa perlahan.., aku pon sampai sekarang tak tau apa subject yg dia minat... apa yg paling aku takut dia dpt 5C atau 5D huhuhuhu... sib baik gak result dia ok.. kalau ada 1A pon mau pengsan kot mak dier nih!! tapi aku tak marahkan dia sebaliknya aku peluk dia bg semangat n tanak dia frust dgn result dia..., tak guna lor mau membebel atau marah.. nak marah sebelum..., bukan selepas.. tul tak...? hmmm... pagi2 tu jerr dah mendebarkan asik kuar masuk toilet jerr.. semuanya serba tak kena! hehehe balik rumah kelam kabut masak, kena lunch cepat2 sebab kena berkejar pulak ke R.O majlis konvo si kecil... dahlaa hujan!
malam tu celebrate jugak beday syahmi... beli 3 potong kek kat secret recipes mesra mall nak makan cheesy pizza kat pizza hut tapi dah habih... atlast ke mcD di kerteh! tapi aku lupa bawa kamera...


aksi2 sebelum terima sijil di pentas & semasa terima sijil tamat tadika.


 ni jerr yg sempat aku snap.. ramai parent woo


ni pon sekeping jerr dpt snap gambar Din masa ni baru jerr habis persembahan "aci2 buka pintu" serius.. aku tak pasankan dia setelah habis separuh persembahannya! sbbnya dia pakai telekung tu... habih dia bebelkan aku "tulaa masa rehearsal ibu tanak datang.." huhuhu sorilaa ibu tersangatlaah sibuksnya... syahmi ada rakaman aksi persembahan dia..., sampai habis persembahan syahmi kerut dahi.. "mana Din ibu..? tak nampak ponn" aku call hubby sebab dalam dewan dah penuh, hubby berdiri kat belakang.. hubby pon tak pasan Din mana satu masa aku beritau "abg perasan tak Din pakai telekung tu..." hahahahaha dia gelak!


koir perpisahan dengan lagu perpisahan lagik hu hu hu


kenangan bersama ticer Ja... Din love u ticer.. n tq Ja...

Saturday, November 13, 2010

Asam Pedas Ikan Parang



hmm dah lama jugak gambar ni terperap kdg2 blog ni menggong gak, takleh upload gambar.., bila dah setting betul2 pon boleh kuar gambar mcm2 heh! pelik aku... baru2 ni kawan aku komplen byk gambar aku upload kuar besar2 pehtu entry lempeng tu ada mcm2 gambar lak kui kui kui.. aku bukak kat pc aku ok jerr... adehhhhh wa pusing....
oklaa berbalik pada resepi ek... resepi kali ni pon ada jugak perbezaannya dari resepi yang sudah2 jom layannnn


bahan2nya
1kg ikan parang (anggaran je yg aku masak ni setengah ekor)
minyak masak
3kpg asam keping/ gelugor
garam
daun kesum
air secukupnya


bahan yang di kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
sedikit belacan
sedikit kunyit
1 biji buah tomato
20 tangkai lada kering yg telah di buang biji (ikut suka kalau nak pedas lebihkan)


bahan untuk penumis
1/2 inci halia - di ketuk
1 biji bawang merah - di hiris
secubit halba
setangkai daun kari


cara2nya
tumiskan bahan penumis hingga naik aroma dan terus masukkan bahan yg di kisar masak hingga pecah minyak dan cili agak garing, kacau2 selalu (mcm masak sambal), masukkan ikan dan air secukupnya, perasakan dengan garam biarkan mendidih, masukkan daun kesum dan asam keping kecilkan api dan didihkan dalam 10minit, biarkan agak lama supaya kuah dan ikan mesra, makan dgn lempeng pon sodappp..

Friday, November 12, 2010

Tumis Asam cili hijau...

here my new recipes.. u all... trylerr memang malatopsss best gilerr.... i tell u...
aku rasa pasni....., ni adalah antara masakan yang akan ku buat lagi dan lagi... hubby aku dulu pernah tanya yang masak dulu tu yang ni laa yang tulaa aiyooo mak dah lupa.. pehtu dah lama dulu jugak dia dah ingatkan "len kali..., tulislaa sukatan dan bahan2 bila masak..... kan senang" masa tu mmg terpk jugak.. tapi sbb anak2 masih kecik tak sempat mau carik kertas n pen! sedihlaa jugak bila dia tanya masakan yg kena dengan selera dia aku blurr "yang mana ek..???" uwaaaaaa


sebenarnya resipi ni tercetus masa buka peti sejuk tgk cili hijau jerr yang banyak pesal tah aku beli cili ni bebanyak aku pon tak taw... dalam kepala dah pk mcm2 dah ni sambil kuarkan ikan.. so aku masak lerr apa barang yang ada... sempoi n senang tau!

bahan2nya
2 ekor ikan duri saiz sederhana - cuci bersih (apa2 ikan pon boleh)
minyak masak
garam
asam keping (boleh juga ganti dgn cuka/ asam jawa)
daun kesum
1 btg carrot di potong baji
air secukupnya

bahan yang di tumbuk / kisar
12 biji cili hijau - (nak pedas leh tambah cili padi dan tak payah letak lada hitam)
1 sudu besar taucu
2 labu bawang besar
halia
lada hitam
sedikit jerr belacan

cara2nya
panaskan minyak tumis bahan yang di tumbuk tadi hingga pecah minyak dan cili garing, masukkan ikan dan air hingga ikan terendam biarkan sekejap, masukkan garam dan asam keping biarkan mendidih masukkan pula daun kesum biarkan mendidih hingga ikan betul2 masak, akhir sekali oleh kerana rupanya hijau sangat maka aku letak carrot terus matikan api... pasni nak cuba wat ayam lak tak payah letak daun kesum tukar letak serai n kurangkan asam hmmm pasni bla bla bla bla...

Thursday, November 11, 2010

Kelahiran Hani Syami (putera sulung dalam hidupku) 11.11.1998


 birthday boy syahmi kanan dan nqdin, gambar ni pd thn 2007


Baru2 ni aku terbaca kisah seorang kawan ketika melahirkan bayi sulungnya..., secara otomatiklaa aku teringat aku pernah melalui saat2 itu ketika menjejak usia 23tahun... 

masa dan ketika aku disahkan mengandung masa tu terfikir cemanalaa agaknya morning sickness tu... n cemanalaa keadaan aku ketika perut dah besar...., sepanjang kehamilan Hani Syahmi aku langsung takde alahan.... serius..!! takdelaa muntah2 cuma aku tak berapa suka makan nasi... asik hentam roti gardenia tu lerr... dan buah oren sunquick, payah tido malam, siang asik tido jerlaa.. yerlaa masa tu hidup berdua jerr.. siang abg kerja aku tido dah ptg barulaa sibuk memasak utk makan malam... susah jugak hubby masa tu asik kena tukar keje siang jerr..., kes.. aku takut dok umah sorang2 kalau dia keje malam.

seawal usia kandungan 8 bulan aku dah balik kg, manja2 dgn mak yerlah cucu sulung... memang awalnya nak bersalin kat hospital swasta tapi mak dah mengawtakan aku, atlast aku setuju bersalin kat GH Seremban, kelahiran syahmi sebenarnya dah lewat dari tarikh yg sepatutnya, sebab aku tak sakit langsung 'tanda' pon takde, so mak tak bg g hospital..., bila dah ada tanda barulaa g hospital, takde langsung tanda darah spt yg diwar2kan hanya ada tanda air sahaja, kena cucuk sana sini aku masih steady jerr lgi, langsung takde kontraksi...., malam tu dokter cakap kalau tak sakit jugak nak operation...! mak pulak ckp lebih baik bersalin normal... kat ward aku sensorang... adalaaa beberapa org pesakit lain ... sepanjang mlm tu.. mmg susah nak lelapkan mata aku naik pening tgk muka masing2 dgn perut semua besar2 sedang menahan sakit...  aku jerr yg tak sakit2 nih... n malam tu kejap2 mak masuk, pastu hubby aku 4 /5 kali masuk teman aku kat katil sampai kena marah dgn guard.. dia wat selamba jerr bila guard tertido dia masuk lagi.... mcmtulaa kalau bersalin kat hospital...  pesakit sebelah aku siap jeling2 bila dia tgk hubby aku asik masuk jerr.. bila kena tegur dia keluar kang.. bila dia nampak guard tertido dia masuk lagik teman aku, camtulaa sampai ke pagi...

6.30 pagi tu.. depa bergegas siapkan aku untuk masuk labour room, aku masih tak rasa sakit... nurse takut apa2 kat baby kena cek jantung dlm labour room... derang ni mmg nak operate aku,  tapi kakak ipar aku call hospital pagi tu suruh usahakan supaya aku boleh bersalin secara normal, nurse pagi tu pon cakap "akak doakan adik supaya dapat bersalin normal" (kakak ipar aku dokter praktikal masa tu... dia pon dah mula cuti sebab sama2 dah cukup bulan hehehehhe...) since aku takde masalah apa2, better bersalin normal, yang buat tak selesa ketika dalam labour room ialah pinggang dan perut kena lilit untuk cek jantung baby dan contractions dah sampai pukul 9am aku masih belum alami sakit...  yg buat jadi sakit...., kejap2 ada dokter masuk cek jalan... huih mmg tensen...!!

kat dlm labour room tu aku di sakitkan lorr... aku dah tak ingat bila arround 10.30am kot depa pecahkan ketuban... sebab aku langsung takde contractions..., bila air ketuban dah banyak keluar..... masa tu barulaa dah ada rasa sakit tapi tak kuat... lama2 barulaaa tau cemana sakitnya takleh nak cakap... aku pk kalau dah takde dah nyawa aku takat tu jerlaa aku hidup.... masa tu hanya terfikir nak hubby menemani..... 1998 tahun tulahh... tahun pertama pihak hospital membenarkan suami/ ibu / ibu mertua, masuk labour room..., dan hospital serembanlah yang pertama mempraktikkannya... so aku dan hubby rasa bertuah sebab hajatnya nak tengok aku bersalin terlaksana... aku mengalami sakit yg kuat dan kerap sekitar jam 12tgh dan selamat melahirkan pada jam 12.19tgh, sepanjang menunggu saat2 getir nak melahirkan tu aku rasa teramat haus tapi langsung tak dibenarkan minum.... huhuhuhu masa tu hubby dah bergenang air mata tgk keadaan aku..., alhamdulillah mudah ketika melahirkan.

4 orang anak kami kesemuanya hubby ada disisi ketika aku melahirkan... selesai bersalinkan anak lelaki sulung kami, aku rasa itulah saat paling bahagia dalam hidupku... lengkap rasanya diri wanitaku dan rasa legaaa hajat suami menginginkan anak sulung lelaki dimakbulkan..., tanpa segan silu dia mengucup aku depan staff2 nurse yg lain... masa tu jugak sibuklaa nurse2 ni tanya, ketika mereka isikan borang....  'eh tarikh lahir awak berdua sama.... ya?!!' syahmi terpaksa dihantar ke ward baby dikhuatiri ada jangkitan kuman... kesian dia.... akan tetapi dia bayi yg sihat...  keluar dari labour room tu adik2 aku citer hubby aku peluk ayah aku sambil menangis memberitahu 'dua2 selamat ayah... anak lelaki...' masa dia azankan anaknya dia sebak dan aku rasa betul2 terharu... dan hari ini adalah hari lahir syahmi yang ke 12tahun... semoga syahmi menjadi anak yang solleh! bahagia dunia dan akhirat.

Wednesday, November 10, 2010

Maksud Al Quran

  • Wahai orang - orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sebelum minta izin dan memberi salam kepada orang - orang yang di dalamnya.
  • Dan janganlah kamu mengintip atau mencari - cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.
  • Wahai anak - anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap - tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang).

Bukit Bauk punyer celitaaaaa


 

Anak2 ku putera dan puteriku... 
masa sampai.... orang dah turun dah! yerlaa derang mula naik bukit tu seawal 7pagi.. aku dah dekat pukul 10pagi dah... perjalanan dari kerteh ke sini pon dah mengambil masa hampir setengah jam.. hubby pulak keje malam.., kuar dari tempat keje dah pkl 8pagi... sampai rumah kat kerteh dah 8.30am.... cemana nak g awal... memandangkan nak berbasikal anak2 ada....., so kita wat program nilaa lagipun selalu sgt lalu lalang kat sini, langsung tak pernah singgah..


hehehe... muka dah penat....  dah separuh perjalanan dah ni.... sian bila tengok muka derang ni.... muka pon dah habih peluh2 dah...


din paling steady.. yerlaa dia kanak2 lagiikannn... "ibu nak air sket... nak bg energy.."


nampak tak puncak bukit kat belakang tu... jauh lagiiiikannn..?!!.. kiranya ni kami baru separuh perjalanan... jauh lagii tu....


kecik jerr kelihatannya "sungai paka" ni...


pemandangan dari bukit bauk 
yup.. lupa nak bgtau bukit bauk ni perjalanan ke Dungun / Kuala Terengganu


penatttt wehhhh lepakk la jap... aku paling tensen tengok part peha aku tuh.. bilaa laaa mau kecik huhuhuhu


ni perjalanan turun bukit.. nilaa yg mencabar sampai ketar2 kepala lutut...

hubby senyum kepuasan... akhirnya... kami sampai jugak ke puncak...
kat puncak tu cuma ada pemancar TMpoint.. tak dibenarkan masuk... takat tu jerlaaa...

Tuesday, November 9, 2010

Apam Pelangi Kak Hana


Sangatlaa geram tengok apam ambon ni kat rumah Hana
bahan2 yang mudah n semuanya ada dlm peti apalagi aku lakukan seisi godakan di dapur.. dan inilah hasilnya terima kasih Hana, meh cuba buat..., resepi di bawah adalah setengah adunan,, makan camtu jerr pon dah sedap.. hubby kata "ni bukan apam laa ni cake!"  "apam laaaa" wooo sudah gadoh....


Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna
Cara-cara
  • Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  • Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  • Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
  • Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (saya guna 2 perwarna sahaja)

'Megamind' Trailer 2



malam semalam aku p tengok citer ni sekeluarga...  tengah malam  baru habih.. esoknya sudah lambat bangun.. pheww... apalaakan...!!! best jugaklaa citer ni...layan budak2 mak budak pon mmg suka g tgk citer katun2 ni.. ayah dia jerr yg bosanova... aku dari pada zaman anak dara p tengok toystory 1, zaman jadi tunangan org, toy story2 dan dgn famili.., toy story 3... tak miss!!
sebetulnya aku p ni untuk pertama kalinya tengok wayang kat mesra mall (panggung wayang dah dibuka sejak lastmonth) biasa2 jerlaa.. takde apa yg istimewa pon.. lebih kurang sama jerr mana2 pon.. g kuantan mega mall, EC mall, seremban terminal 1, city square JB.. pada aku sama jerlaaa... kalau ada beza pon sket2 jerr...

Monday, November 8, 2010

47 produk pelangsing badan, kosmetik , ubat-ubatan tradisional yg berdaftar dgn Kementerian Kesihatan disenarai hitam.

nak share benda ni untuk rujukan diri sendiri juga..

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulanberikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan. Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya. 
INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule 
Senna Plus Capsule


Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine: 

Lami 

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour 
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
57 Nasal Spray 

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa 
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

 Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill 

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG
 waspada ek...