Thursday, August 30, 2012

Raya 2012

Dah 11 hari syawal berlalu.. Semakin lama semakin hilang rasanya kemeriahan hari raya... Aku jerr kot yang rasa camtu.. 


Takde persiapan ponn... beli baju anak2 pon ala kadar apa2 pun kemenangan setelah melalui sebulan berpuasa wajib di sambut.



Ok.. Tahun ni adalah tahun ke3 kami dapat menyambut hari raya di kampung... Last year balik johor thn ni turn balik n9 lerr pulak.. Aku berangan nak berbuka dgn mak n ayah last poser tu.. Tapi x sempat...!!! berbuka dekat serting solat margrib n jamak isya di masjid batu kikir.
Alhamdulillah semuanya dapat merasa lemang, ketupat, dodol dan wajik lengkap rasanya hari raya tahun ni.
Setelah hampir 15thn usia perkahwinan tahun ni aku dapat duit raya dari hubby dedulu masa bertunang adala dia bagi sekali pastu... tarakk, dia memang bagi tapi kebanyakannya digunakan hal ehwal keperluan rumah dan anak2... Bagi yang tak formal lerr but not this time..
Sebak pulak rasa bila dia hulurkan sampul duit raya masa sessi bermaafan pagi raya tu.. Alhamdulillah syukur hubby semakin memahami diri ini... Terasa diri dihargai.. Yelah sebelum ni kami dok pikio hal anak2 aje.. Rasanya rasa cinta tu tambah mendalam apabila semakin lama melalui kehidupan bersama. Masing2 sudah tahu tanggung jawab yang perlu digalas... Semakin lama hidup semakin banyak panduan dan dugaan yang kita hadapi pengalaman benar2 mendewasakan.
Akhirnya.. Saya menyusun 10 jari memohon keampunan sempena hari raya ini.. Mungkin sepanjang saya berblog ada jiwa yang saya sakiti tanpa kesedaran saya... Saya mohon ampun dan maaf.

"Andai hati sesuci embun.. Tidak akan gentar menghadapi mentari kerana ia akan kering dalam kesucian yang hakiki... Tetapi jika hati bagaikan longkang sampai bila pon ia tetap hitam terus mengalir dalam kekotoran yang hakiki... Dari itu bersihkanlah jiwa dan hati agar terserlah keayuan diri.."


Saya masih menanti penulisan saya diterima.. Hampir sebulan berlalu.. (aeinio de amo)

Sunday, August 26, 2012

Cocolate Nestum Cookies


Assalammmualaikum.. diam tak diam dah lapan hari kita beraya.., dan inilah entry tertunggak sekut ni dihasilkan 2 hari sebelum raya manakala hari mantai tu dah sibuk mengemas untuk pulang ke kampung yang dirindui.., mujurlah aku dan keluarga dapat balik sebab kedua adik2 beraya rumah mertua tahun ni.., dan alhamdulillah dapat jumpa mereka semua walaupun dalam masa yang begitu singkat...!!


jarak jarakkan masa membakar sebab biskut ni sedikit kembang semasa menjalani proses di masak..., aku ambil resepi ni dari chef kak Hanieliza memang maveles sedap..!! siap ada yang nak order lagi.. tapi sorilah saya tak larat buat tuk makan sendiri bolehlah..
inipun tangan dak along yang sangat rajin menolonng aku kalau buat kuih raya.., dia pesan suruh tunggu dia balik cuti baru buat kuih dia nak tolong..., tapi ada few kuih raya yang aku dah buat tanpanya...


BISKUT COKLAT CIPS RANGUP

Bahan A
 
250 g butter 
160 g gula halus 
1 biji kuning telur 
1 s/k esen vanilla 

Bahan B [gaul rata] 
230 g tepung gandum] 
20 g serbuk koko ] ayakkan 
100 g coklat cips 
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice] 
50 g badam cincang [roasted] 
50 g nestum 

Cara 
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati. 
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. 
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu. 
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang. 
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. 
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara. 

NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum.. 
don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati..  

http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1070041


memang rangup dan sedap cuma akunyer nih terlebih nestum terkurang kacang tetapi rasanya sangat mesra sebab ada give n take kwang kwang... suka - suka ko jerr ek aeinio sekut pon leh tolak ansur.. tapi sedap wooo lagi pulak aku guna butter scs yang mahal tuh.. terasa nikmatnya...

Monday, August 20, 2012

Ehem ehem...

Sakit tekak yang malampau.. Huhuhu cemana nsk beraya nih...!! Uhuk uhuk petanda telah minum air yg berbagai warna... Gemilang hari raya...

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran

Sedih meninggalkn ramadhan.. Semoga berpeluang.. Berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan... Selamat menyambut hari raya semua.. Hati2 di jalan raya.. Sana dan sini bunyi mercun... Apa yg diinginkan ialah bersalaman dengan tangan ibu dan ayah... InsyaAllah sekejap lagi sampailah saya di kampung halaman tercinta.. Maaf zahir batin semua...


Friday, August 17, 2012

Chocolate Chips Cookies


Tahun ni kukis kat rumah ni banyak betul bentuk camnih... hampir semuanya bercoklat... heheh the real chocolate chips cookies takde rupa sekut coklat cip ponn.. hahaha tapi rasa bolehlaa tahan... sebab resepi ini saya guna scs butter jadi memang terasa butternya bagi pengemar rasa butter...


yang sebenarnya ada banyak stok coklat chips dalam drawer peti sejuk..., bila tah nak habih... dah pelbagai sekut aku letak ini barang tapi masih ada lagi nyemak aje rasa benda tu tak habis - habis.

ok jom layan resepi..

A
250gram butter (scs)
1/2 cawan gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
B
1/2 cawan parutan coklat masakan
1 cawan chocolate chips

1 cawan tepung jagung *
3 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
satukan bahan * dan ayak


caranya
satukan bahan A dan gaul rata guna senduk kayu atau putar guna cake mixer, sementara butter dan semuanya sebati campurkan semua bahan B gaul rata, bulat - bulatkan dalam dulang pembakar dan bakar saya guna suhu 180 panas atas dan bawah lebih kurang 10 minit. (jarak - jarakkan kukis ni sebab dia sedikit mengembang)

Tuesday, August 14, 2012

Biskut Kacang 3 rasa


kenapa ya 3 rasa...??? sebab ini resipi ringkas dan mudah... sebenarnya terperasan leftover nutella dan peanut butter dalam peti sejuk masih jauh lagi xpired datenya..., bulan puasa benda2 ni jadi lambat habih.. daripada terbuang macam tahun sudah baik dijadikan sekut... nuttella ada setengah botol sama gak dengan peanut butter pon setengah botol..


bahan2nya

300gram butter / mentega
1 biji kuning telur
setengah botol peanut butter
setengah botol nutella
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula icing (ayak) - kalau guna gula kaster sila kurangkan takut termanis sangat.
1/2 cawan campuran kacang gajus panggang dan coklat cips
100 gram kepingan kacang badam
3 cawan tepung gandum



campurkan butter, kuning telur, esen vanila, nutella, peanut butter dan gula icing putar hingga nampak putih, masukkan kacang badam serta campuran coklat chips dan gajus, tambahkan tepung sedikit demi sedikit kacau dengan senduk kayu, rasa doh kalau lembik tambahkan lagi tepung.



akhir sekali bentukkan biskut dan bakar seperti biasa suhu 180 kepanasan atas dan bawah hingga masak nampak sedikit kuning dibawah biskut.

hmmm dah tau dah kenapa 3 rasa...? sebab aeinio suka masak suka - suka ati... n saya legaaaa peti sejuk saya dah makin kosong... lalalalala mood nak balik kampung dah makin dekatttt...

Lemak Ketam


sememangnya saya jarang beli ketam.., bukan tak suka amattt suka tapi mengenangkan tempoh makan tu agak lama dari biasa selalu aje hasrat tu terbatal dengan sendirinya... kali ini bulan puasa kan cam dah tak boleh tahan dah tgk ketam... beli gaklah... tapi ingat nak masak lain... tapi bini kena taatkannn hubby suh gak masak lomak... adehhhh.. buatlah jugak tapi tak pedas sangat kang jadi merah2 mata nak makan dahlah susah woo mau makan ini ketam...!!


cam biasa lemak negeri sembilan tapi kali ni aku adjust sket... sengaja bagi lain sikit rasa... lagipun ini ketam kan bukan ikan...

6 ekor ketam saiz sederhana, 5 biji cili padi, 2 ulas bawang merah sedikit kunyit hidup ditumbuk halus, sekotak santan kara dan sekotak air biasa, 2 batang serai dititik, garam dan sekeping kecil asam keping. didihkan dulu cili tumbuk dengan sedikit air masukkan santan dan sekotak air (dari kotak yang sama) masukkan serai dan ketam kacau dengan kerap bubuh pula asam keping dan garam masak hingga kuah didih dan ketam masak.

Sup Yee Mee


3 ~ 4 kali gak asyik goreng yee mee nih... cam suka la pulak... sebab bila makan mee kuning tu kepala cam pening alah kot... resepi ni pun mudah... jom layan..

bahan2nya

3 keping yee mee
tumbuk 3ulas bawang merah dan 2ulas bawang putih serta 2 biji cili padi
tumis dalam sedikit minyak hingga naik aroma masukkan sotong dan udang kacau sebentar masukkan sup daging atau stok daging atau stok ayam (ikutlah mana yang suka) didihkan rasa dengan garam sedikit sos tiram dan beberapa tangkai sawi masukkan yee mee dah lembut matikan api.. makan dengan sambal kicap cili padi... terangkat...


tukar - tukar selera...

Monday, August 13, 2012

Sotong Kicap Pedas



dah hujung - hujung puasa ni masak pon makin nak senang n nak cepat aje.. ni masak campak - campak..

kalau nak try mehlerr sesuai buat sahur atau berbuka..


bahan2nya
1kg sotong - disiang dan dibersihkan
2 ulas bawang putih - cincang
1cm halia - cincang
2 biji cili padi - hiris nipis
1 batang serai - di titik
1 sudu besar jus lemon
kicap pekat
beberapa helai daun limau purut.
minyak masak
garam jika perlu.

cara2nya
tumiskan bawang putih, cili dan halia hingga naik aroma masukkan serai dan daun limau purut kacau sekejap masukkan kicap, renehkan sebentar masukkan sotong biarkan sotong hingga masak kalau perlu masukkan garam atau tambahkan kicap.

Biskut Kelapa Nescafe


tahun ni giniler rupa kuih hakuu... tetiap tahun takde yang serupa... aku guna bahan yang ada dalam peti segala khazanah aku kuarkan makanya hari itu terciptalah sekut ni.. sekut suka - suka ati...



ada kawan aku yang dah try kukis ni katanya termanis sket.. apa tak manisnya coklat dengan manik urai lagi semua manis2 tu ..

bahan2nya

250gram butter
50 gram planta
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula kaster
1 sudu teh nescafe
100 gram kepala parut kering
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
manik urai dan cairan coklat sebagai hiasan



cara2nya

ayak tepung gandum dan tepung jagung dalam mangkuk dan masukkan kelapa kering gaul rata, ketepikan dalam mangkuk lain kacau mentega + planta, gula, telur dan esen vanila dan nescafe kacau hingga rata dan gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau dengan spatula, rasa kalau terlalu lembik tambahkan tepung kalau keras kenalah tambah mentega. terap acuan yang sesuai dan bakar ikut suhu oven masing- masing...

Sunday, August 12, 2012

Cornflakes madu berkurma


Inile biskut wajib 3 balang beso dapat tapi tak taulerr sempat raya ke tak... huhuhu


mari layan resipinya... sebenarnya aku buat pun agak - agak aje sebab kurma yang ada agak banyak memandang kurma manis sukatan gula dan madu perlulah dikurangkan kalau madu terlebih nanti masa makan meleleh - leleh pulak so pepandailah adjust.. asal kepingan cornflakes tu basah terkena cairan butter dah mencukupi.

bahan2nya
3 kotak cornflakes
2 buku buttercup
1/2 cawan planta
1/2 cawan madu
1/2 cawan gula
3 sudu teh esen vanila
2 mangkuk kurma
1cawan campuran ceri dan kelongs fitness, bijan dan sepeket nesvita original


gunakan api yang kecil cairkan butter dan planta masukkan gula dan madu serta esen vanila kacau hingga gula hancur, kemudian curahkan dalam cornflakes dan campuran lain gaul rata sehingga semua butter dan madu bersalut dengan kepingan cornflakes. sudukan dalam paper cup dan bakar 10 ~ 12 minit ikut oven masing - masing.

Thursday, August 9, 2012

Biskut Dahlia


Biskut lama yang bakal menyeri dalam bekas kuih raya ku nanti... sebenarnya dari tahun lepas aku teringin buat kuih ni tapi yang jadinya lain... hahaha... kali ni dapat jugak buat hajat dihati nak bawakkan untuk mak kat kampung nanti.., mesti dia suka biskut lama2 camnih... rindu emak...!! semoga sihat ya mak... budak - budak start cuti nanti ani balik ya... dah cakap dengan hubby kalau dia tak dapat cuti "ain tetap nak balik... kesian dengan mak... dia nak kerja kerjalah..."
heranlah!! kalau ada kawan2 hubby yang baca blog ni lagik bagus terutama org2 terengganu nihhaa... geram pulak...
patutnya orang luar cam kami sekeluarga ni yang kampung nun jauh bagilah cuti dahlah nak jumpa mak n ayah tiap2 minggu sangat payah.., korang kerjalah dah habis kerja p laa balik kampung bukan jauh pun...!! susah betul nak paham...


masa buat kuih ni tadi hubby tido dia tengok aku buat biskut lain tapi bila bangun tidur tadi dia tengok biskut ni.. "eh.. biskut ni.... sayang pandai eh buat biskut ni??" aku dengan berlagak cakap "pandailah!!!" x syen konon hahaha... walhal biskut nilah yang paling senang selain paling jimat belanja kalau nak compare dengan biskut yang modern2 nih... balik kampung nanti aku nak carik buku lama mak.., kalau tak hilang aku share semua resipi lama - lama kat sini time dia belajar kat BAKAT dulu (isteri tentera camtulah..!!)


ok yaa nanti saya membebel kurang pulak pahala...

ini resipinya...

bahan2

250gram butter / planta
1 biji telur
1 cawan gula kaster
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum 
esen vanila
esen ros
ceri merah untuk hiasan

cara2nya
satukan semua tepung dan di ayak gaul rata - ketepikan
satukan butter, esen ros, esen vanilla, telur dan gula kacau guna spatula hingga lembut kalau nak putar guna mixer pon ok terpulang tapi jangan terlalu kembang kita nak buat biskut bukan nak buat kek.
masukkan tepung sedikit dem sedikit gaul dan ramas kalau masih lembik tambahkan tepung gandum lagi... bila adudan dan rata masukan dalam acuan dahlia dan picit dalam dulang, hias dengan ceri merah dan bakar hingga kekuningan di bawahnya.

Grill Chicken Lemon


Along balik.. last week..., dah bawak p pekena nasi Arab di restoran yang kesemua tukang masak eh bukan orang kita.., pak sheikh semua.., dengar cerita dari Iran.. muka ensem2, tapi memang speaking jerr tak pandai cakap melayu ponn..., maka dengan itu ibu masaklah benda yang menjadi kegemaran Along Syahmi chicken grill ni... budak - budak memang suka makan makanan camnih aku dok pilih peha yang kecik sebab tekak cepat muak...



yang ni gambar yang lengkap sebelum di ngap... ok jom layan resepi. sebenarnya masak benda - benda camnilah yang paling mudah nak sediakan cuma kena perap awal.


seawal 10 pagi dah basuh bersih semua peha ayam ni...

bahan untuk perap 6 ketul peha ayam:-
2 batang serai
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 sudu besar rosemary
1 sudu kecil cajun
1 sudu kecil serbuk thymes
1 sudu kecil serbuk parsley
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
lada sulah
serbuk kunyit
garam
sedikit air
(kisar semua bahan dalam blender dan golekkan pada setiap peha ayam, sisipkan hirisan lemon pada setiap peha ayam dan  masukkan dalam bekas, sejukkan dalam peti sejuk)


dah perap ayam lebih kurang 3jam potong kentang 4 biji dan belah 4 setiap biji, panaskan oven titiskan minyak zaitun atas tray dan susun ayam bersama kentang dan hirisan lemon bakar hingga masak. (nak bakar ikut suhu yang sesuai seperti biasa saya selalu gunakan suhu 180 panas atas dan bawah, bila dah nampak air ayam dah merembes keluar, keluarkan tray dan ambil jus tersebut untuk dijadikan gravy / kuahnya nanti)

sayur sayuran pula saya gunakan tomato dan salad mentah yang dicurahkan sos thousand island, sementara asparagus dan brokoli tu rut dipanggang dengan renjisan mintak zaitun, garam dan lada hitam. tak lama asal layu aje dan brokoli semakin pekat warnanya dah boleh angkat keluar dari oven.


untuk kuah jus dari ayam panggang tadi dan hanya perlu titikkan sebatang serai serta 1 sudu besar tepung gandum serta lada hitam dalam satu sudu besar serta minyak zaitun kacau dalam mangkuk dengan api sederhana hingga kuah pekat likat berkilat tambah garam jika perlu.

makan camni untuk berbuka dah cukup mengenyangkan.. :)

Biskut Kurma bercornflakes


Ini biskut kurma sebenarnya... hehehe rupa bentuknya aje cam biskut chocolate chips.. wakaka anak - anak tertipu... kalau buat real biskut kurma pasti depa tak makan...
sebenarnya dapat kurma dari menteri besar terengganu slow aje kurma tu tak habis.. x tau nak buat apa.., daripada membazir jadikan sekut lerr...


bahan2nya
250gram buttercup / planta ikut suka apa2 jenis butter pon..
1/2 cawan gula
1 cawan kurma - dadu halus
1 paket nesvita original
1 cawan cornflakes - ramas hingga sedikit hancur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
coklat chips untuk hiasan.



cara2nya


  • satuka mentega, esen vanila dan gula kacau sebati hingga lembut. 
  • dalam bekas lain satukan serbuk koko, tepung gandum dan tepung jagung. (ayak bagi rata)
  • masukkan semua tepung dalam adunan mentega gaul dan ramas sekata.
  • masukkan nesvita, kurma dan cornflakes.
  • kalau adunan lembik tambahkan sedikit lagi tepung gandum hingga doh tidak melekat ditangan.
  • bulat - bulatkan dan tekan dengan coklat chips kemudian bakar hingga masak.
  • suhu oven 180 (atas dan bawah) selama 11 minit ke 13 minit. lebih kurang.

Wednesday, August 8, 2012

Menu berbuka tadi...


dah dua hari berturut - turut berbuka dengan Yee Mee ni ala - ala sizzling mee tapi goreng suka - suka ati sendiri.. sebenarnya takda resepi khusus.. tapi layan ajelah... yang simple - simple pun boleh berselera jugak betul tak..?

bahan2nya

3 keping Yee Mee
1 sudu besar pes cili
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih *
* tumbuk lumat atau cincang dadu
sos tiram
kicap mee
garam
minyak masak
sotong, udang, fish cake dan fish ball
sedikit sayur bayam
hirisan cili merah
air secukupnya

cara2nya
tumis bahan yang ditumbuk, hingga naik aroma masukkan sos tiram dan kicap mee serta air biarkan mendidih, masukkan pula garam dan segala seafood (udang, sotong, fish ball dan fish cake), biarkan hingga sotong dan udang masak masukkan yee mee dan sayur bayam serta hirisan cili merah kacau rata.., rasa dan bila yee mee dah lembut boleh matikan api dan hidangkan.


ni lauk peberet aku..., peria katak goreng kunyit kalau garing lagi sedap.. makan dengan nasi panas2 tapi arini dok berbuka mee aje tadi nasi tak berusik pon... inilah lauk tadi... bersama dengan..... 


ikan kerisi goreng..., yang tak ada dalam gambar sambal belacan dan kari kepala ikan semalam huhuhu...


ikan ni pun tak berusik ni tak taulah sahur nanti jadi apa pulak... syukur alhamdulillah rezeki hari ini...

Lamb chop

hmm sorilah kualiti gambar hancuss.. dalam note tengok ok jerr tp bila masuk blog ayooo.. agaknya aku yang tak tau setting.. nak tanya tak tau nak tanya saper nak study takde masa eh ke malas!! dua2 hokey... huhuhu


lamb chop ni tak ingat masak untuk berbuka bila rasanya Ahad lepas kot.. dah lost track banyak yang tak terambik gambo.., sbb hubby asyik keje aje pukul 3 petang dah masuk dapor by 5.30 semua kena dah siap untuk bekal dia berbuka dan sahur sekali.., lepak.. dah petang tengok camera pon alahai... atlast langsung lupa... minggu ni pun dia kerja ajer 5 hari night shift bulan poser ni jadual kerja kelakar pon ada tak adil pon ada... kerja malam masuk 6ptg balik 7pg, kalau keje pagi masuk 7pg balik 6ptg.. tak acikan!!! tapi nak wat cemana nama pon keje makan gaji..


memerap daging kambing ni lebih lama lebih sedap.., masak camni senang ajer.. dah puasa2 ni memang nak yang senang2 aje.. ok jom intai resepinya.., mintak maafkah kalau ada yang kurang selesa.


daging kambing ni beli dah siap potong camtu.., bersihkan dan ketuk dengan pemukul daging bagi isinya lembut.. (hati - hati masam mengetuk tu yea..)

bahan2nya
2 batang serai - hiris
7 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar thymes
sos tiram
garam
serbuk lada hitam
(semua bahan di atas dikisar dengan sedikit air perapkan daging semalaman)
bakar dalam oven hingga masak ambil sedikit jus ketika memanggang untuk dijadikan kuahnya.

kuahnya
2 batang serai - titik
2 ulas bawang putih *
1 sudu besar lada hitam* - *tumbuk kasar
sedikit air + jus kambing panggang tadi
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar tepung gandum
garam
gaul rata semua bahan pastikan jangan bergentel, masak api sederhana hingga kuah menjadi pekat.
digandingkan dengan sayur segar aje.. mudahkan..


berbuka dengan anak - anak aje sesimple yang boleh supaya meja tak sesak, sempat juga masakkan sambal telur untuk hubby bersahur dengan nasi yang telah di bekalkan, setiap hari dia tak lupa bawa susu segar dengan cereal cukuplah untuk bekalan dia.., nama aje duduk dekat.., time berbuka dengan sahur manjang dengan anak2 aje dia call, kadang2 kita call dia camtulah hari2 jumpa pagi.., dia tidur sampai dah dekat zohor baru bangun pastu ketung ketang kat dapur memasak.., best gak kalau bulan puasa ni 12 bulan.. hubby rajin tolong masak heheh..! kalau tak jangan harap..!!

Hmmm kena tunggu.....

Saya terpaksa tunggu dalam kereta.... Terpaksa terpaksa huhuhu

Sunday, August 5, 2012

Berbuka buffet ramadhan di al safina kijal..


Askm... Sebenarnya ni juadah berbuka jumaat lepas... Along syahmi balik dari asrama so barulah best nak berbuka diluar bersama2.
Ini kali ke dua kami ke sini.. 1st time dulu dah malam gelap ajerr.. Rasa cam tempat ni terpencil.. Tapi 2nd time datang.. 
Barulah tau restoran arab ni terletak dekat dengan pantai.. Dan ada perkampungan di situ..
Sapa2 yg nak cuba mkn time ramadhan thn ni..

Buffet dewasa rm27... Kanak2 4thn keatas 17... Makanan ala arab.. Ada kebab. Mandy chicken... Tapi... Jgn terkejut eh.. Bukan cam buffet di hotel setiap hidangan ada yg jaga n tolong sendukkan.. Hihihihi
Kalau tanya aku makanan biasa2 ajerr.. Cuma aku paling suka nasi dia.. Yg lain tu biasa aje.. Kuih desert bolehlaa tahan... Tp aku suka gak humus kot nama eh.. chickpeas dgn herbs sedapp gak..
N gambo.. Sorilaa camera gnote ajer.. Tu pun budak2 ni yg snap layan ajerlahh..